wahai diriku & dirimu. jangan jd dai'e yg malang,yg hanya tau berdakwah tp x melaksanakannya. jgn jd abid yg tertipu,terasa bnyk sudah amalan tp xsedar bhw pahala itu hak Allah. jgn jd alim yg bodoh,terasa ilmu telah byk ttp tiada yg terkesan di jiwa. jgn jd mujahid yg tersilap,disangka perjuangannya yg terbaik tp ternyata Islam x memerlukannya sedangkan dia yg memerlukan Islam. SALAM PERJUANGAN wahai mujahid/mujahidah,dai'e,abid & 'alim
gali2 lubang... gali2 lubang
Selasa, Mei 31, 2011
Ya Allah, Aku Jatuh Cinta
Ya Allah, Aku Jatuh Cinta
oleh Burhan Sodiq
ISBN: 978-967-5515-22-4
Tarikh Terbit: Ogos 2010
Jumlah Muka Surat: 162
Harga: RM14.90 / RM17.90
___Sinopsis_________________________________________________
Bilakah anda mula merasakan cinta? Dulu, sekarang atau baru saja sebelum membaca buku ini? Boleh jadi jawapan anda bermacam-macam kerana jatuh cinta banyak ceritanya. Siapapun yang bernafas di atas muka bumi Tuhan ini, tidak berkecuali sangat berpotensi terkena sengatan cinta. Sebuah getaran rasa yang menandakan rasa suka, rasa ingin selalu dekat, rasa ingin selalu diperhatikan dan rasa ingin berkorban membahagiakan pasangannya.
Buku bertajuk ‘Ya Allah, Aku Jatuh Cinta’ ini memberi bacaan alternatif kepada para remaja tentang perbahasan yang paling disukai manusia, iaitu cinta agar cinta tidak disalahfaham menjadi medan menebar pesona dan membuat dosa. Semoga para remaja mampu melihat cinta secara lebih bermatlamat serta tidak tersilap langkah dalam menilai erti cinta.
Terdapat beberapa intipati yang anda boleh dapati dalam buku ini seperti:
- Peringkat-peringkat cinta dalam Islam iaitu tatayyum, ‘isyk, Syauq, ‘ithf dan intifa’
Cinta dari sudut Psikologi- cinta kerana nafsu, cinta pragmatis dan cinta altruistik.
- Kenali hormon-hormon jatuh cinta- Pheromones, Oxytocin, Vasopressin, Dopamine, Neuropinephrine
- Menjawab persoalan yang selalu diutarakan, “Bolehkah saya jatuh cinta?” menurut perspektif Islam.
Teguklah madu-madu cinta dengan berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurakan rasa cinta pada-Mu ya Rabbi…
___Tentang Penulis_______________________________________________________________________________________________
Burhan Sodiq kelahiran Solo, Indonesia. Lahir pada 14 Januari 1980. Mulai menulis sejak Sekolah Menengah dengan mengelola buletin remaja Islam. Ketika menduduki pengajian Sastera Inggeris, dia sudah bergabung dengan majalah Islam setempat. Pengalaman menulisnya bertambah ketika bergabung sebagai editor di beberapa penerbit Islam di Solo. Tidak puas, dia menyertai dunia penyiaran di sebuah radio swasta Islam, MQFM Solo, sebagai news director. Selain aktif menulis, dia sering diundang menjadi pembicara seminar dan diskusi buku dengan tema sekitar remaja Islam di beberapa kota di Indonesia.