gali2 lubang... gali2 lubang

Isnin, Disember 29, 2008

AMALAN HARIAN

1)Jangan tinggal solat tahajjud.. berusahalah InsyaAllah,banyak kelebihan yang akan kita dapat
2)Setiap pagi, selepas solat subuh, bacalah surah yasin...insyaAllah, Allah akan permudahkan
sepanjang hari itu...
3)Dalam solat tahajjud, bacalah panjang2 ayat Al-quran, untuk menguatkan lagi ingatan...
4)Selalu sujud syukur...
5)Banyakkan beristighfar...

Cubalah dalam kehidupan kita...disamping yg fardhu jangan ditinggalkan....BERISTIQAMAHlah dalam melakukan kebaikan...

@_@ Penyakit Lupa @_@

Antara penyebabnya adalah:
- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang)
.- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya
- Pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.


Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
-Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsang otak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

SELAIN ITU,


Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan TambahanSesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Selasa, Disember 02, 2008

17 Kesalahan Berkaitan Solat

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang
yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah
solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad
dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : â€Å“Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman
dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah
berdosa besar.

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu
matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia
tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang
dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan
seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali
kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.(Surah al-Baqarah, ayat 43).

Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang
tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah
ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua
sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian
rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti
daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak
mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah
suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
"Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi
kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu
mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih
baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan
berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu
sedang duduk, sujud atau lainnya.

Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud,
maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada
lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak
makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau
Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

Aku tinggalkan CINTA kerana DIA

" Moga di kurnia hidayah dan qudrat untuk ikut akan hidayah yang di kurnia.
"Apa kabar iman kita sekarang?"


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri dan juga pada saudara saya sesama Islam untuk bekalan hari mendatang.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan
kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk
mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup
saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita
dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya
bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan,
bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya,
bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya
bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia
punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,
saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa
sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang
pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan
bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you
must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh
kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan
kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
-dr seorang sahabat-
Mafraq, Jordan.
P/S : Apa yang perlu difokuskan iaitu pada pengajaran dari kisah ini. Saudara kita ini yang hanya seorang yang berpelajaran agama, tapi dia sedar akan kelakuannya yang membelakangkan Robb dalam hal ini. Oleh itu, kita sebagai panghafaz dan pemikul kalamNya seharusnya lebih2 lagi mengutamakan Allah pada setiap masa dan keadaan. Adakah kita berbuat demikian? Atau lebih teruk lagi kita mengabaikan pandangan Tuhan dan lebih mengihtimamkan pandangan manusia…

"

10 PERKARA MENGENAI AURAT

Islam telah menggariskan satu penyelesaian yang mudah untuk penganutnya untuk melaksanakan tuntutan seperti yang disyariatkan. 10 perkara berikut mungkin dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan membantu anda memahami amalan menutup aurat di sisi islam.

1. Ada pendapat menyatakan kewajipan menutup aurat khusus kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan nabi. Oleh itu, wanita biasa dan selain golongan itu tidak wajib menutup aurat.

2. Pendapat yang lebih keras menyatakan wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali mata sebelah kiri sebagai kemudahannya bergerak. Kerana itu mereka diwajibkan memakai jilbab dan nikab yang menutup muka.

3. Bagaimanapun majoriti ulama mengambil jalan tengah yang bersifat sederhana iaitu wanita wajib menutup seluruh anggota kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki. Kelonggaran ini diberikan berikutan tuntutan keadaan untuk memudahkan pergerakan wanita terutamanya yang bekerja dan belajar.

4. Wanita bekerjaya tidak boleh menjadikan kerjaya mereka sebagai alasan untuk tidak menutup aurat. Tiada bukti atau tanda yang menunjukkan pakaian menutup aurat mengurangkan tahap kecemerlangan wanita dalam kerjaya.

5. Menurut tafsir Ibnu Abbas, muka dan dua tapak tangan (beliau menamakannya perhiasan zahir) dikecualikan daripada anggota yang wajib ditutup. Perhiasan batin iaitu telinga, leher, dada, rambut, dua lengan dan betis harus dibuka ketika di rumah atau semasa berada dalam lingkungan keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik atau ibu bapa mertua.

6. Bahagian yang lebih sulit seperti perut, kemaluan, paha dan belakang, tidak boleh dibuka sama sekali walaupun di hadapan keluarga rapat atau sesama wanita sama ada muslim atau bukan muslim. Hanya suami yang dibenarkan melihat seluruh anggota tubuh isterinya.

7. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan sama ada tapak kaki wanita adalah sebahagian daripada aurat yang wajib ditutup atau bukan aurat. Sesetengah mazhab menyatakan tapak kaki tidak wajib ditutup dan ia boleh dibuka untuk keselesaan berjalan.

8. Perintah menutup aurat bagi wanita bukanlah kerana islam meragui iman kaum lelaki. Sebaliknya ia langkah pencegahan sebelum berlaku sesuatu kejadian buruk.

9. Aurat wanita sesama wanita adalah seluruh tubuh kecuali antara pusat dengan lutut. Kawasan yang haram dilihat, adalah haram didedahkan walaupun ia tidak menimbulkan fitnah.

10. Batas aurat lelaki seperti yang disepakati ulama adalah kemaluan hadapan dan belakang serta wajib ditutup. Sesetengah ulama berpendapat paha adalah aurat yang wajib ditutup lelaki, sekali gus bermakna aurat lelaki adalah antara pusat hingga lutut.

Bagaimanapun kebanyakkan ulama mengambil jalan tengah dengan menyatakan aurat lelaki terbahagi dua iaitu mughallazah (keras) yang merujuk kemaluan hadapan dan belakang, serta mukaffafah (ringan) iaitu paha. Kedua-dua bahagian ini dikira aurat dan wajib ditutup.

Isnin, Disember 01, 2008

buku SYOKNYA BELAJAR...karya CIKGU RAZALI KAMARUDIN

Buku yang sesuai untuk semua pelajar…

Hanya RM10 (Termasuk Kos Penghantaran)


Bagaimana Hendak Mendapatkan Buku Ni ???

Buat Pesanan Terus Dari Penulis Dengan Cara :

Langkah 1 : SMS pesanan anda kepada penulis ke talian 012-9592790 (Nyatakan bilangan buku, nama dan alamat anda).

Langkah 2 : Buatkan pembayaran :
1. Bank In atau Transfer RM10 (termasuk kos pos) ke akaun Maybank penulis (162143015246-Mohd Razali Kamarudin). atau ;

2. Menggunakan Wang Pos atau Kiriman Wang (Money Order). Berjumlah RM10 (termasuk kos pos). Penulis akan berikan alamat. sekiranya anda memilih cara ini.

Langkah 3 : Setelah pembayaran diterima, penulis akan poskan buku kepada anda. Penulis akan hantar SMS kepada anda sekiranya buku tersebut telah diposkan.

Langkah 4 : Urus niaga selesai. Semoga anda dapat manfaatkan buku ini untuk menjana kejayaan dalam pelajaran.

Untuk maklumat lanjut, hubungi penulis di talian
012-9592790 atau layari www.alaf21.com.my


Apa yang orang perkatakan, dari dulu sampai sekarang ???


Dari dulu sampai sekarang, orang asyik bercakap tentang kejayaan dan kecemerlangan. Apa yang berjaya? Apa yang cemerlang? Apa lagi kalau bukan tentang budak-budak belajar !!! Belajar apa? Alaaah... budak-budak sekolah yang ambil periksa UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM tuuu. Begitu juga dengan budak-budak matrikulasi, universiti dan IPT yang sama waktu dengannya. Semuanya nak berjaya dengan cemerlang. Tak de nye yang nak gagal. Kalau budak sekolah, nak dapat semua A. Kalau budak IPT pulak, nak dapat CGPA 4.000. Bukankah Allah lahirkan kita sebagai orang yang berjaya? Kita kan umat yang terbaik. Khalifah muka bumi ini.

Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, saya juga pernah merasai nikmat berjaya dan cemerlang dalam pelajaran khususnya sewaktu belajar di IPT dulu. Dapaaatlah juga Anugerah Kepujian Dekan. Orang putih kata “dean list”. Itulah hadiah yang dapat saya berikan buat ibu bapa dan keluarga saya yang telah bersusah payah dan berkorban untuk menyekolahkan saya. Ibu bapa dan keluarga bukan mengharapkan wang ringgit dan harta benda semata-mata sebagai balasan. Cukuplah gembirakan mereka dengan menghadiahkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Mungkin tatkala itu, ibu bapa anda akan menitiskan air mata kegembiraan atas kejayaan anda itu.

Bak kata budak-budak muda zaman sekarang, “tak guna cakap banyak, buang current je. Straight to the point lagi bagus”. Dok gitu? Kata orang negeri jiran saya. Baiklah, kalau anda yang membaca brosur ni nak berjaya, nak cemerlang, InsyaAllah dengan izin Allah saya boleh bantu anda. Tapi, dengan syarat anda MAHU atau NAK BERJAYA! Kalau benda ni tak de dalam diri atau minda anda, batalkan saja hasrat anda tuuu. He..he..he.. Bukan marah, tapi nasihat (kata cerita P.Ramlee).

Nak tahu kenapa saya kata begitu? Apabila anda kata “SAYA MAHU BERJAYA”, maka segala apa yang anda fikirkan dan tindakan yang dilakukan menjurus kepada KEJAYAAN tersebut. Betul tak? Contohnya, anda mahukan kereta BMW 5 Series, maka fikiran dan tindakan anda akan fokuskan kepada langkah-langkah untuk dapatkan kereta tersebut. Begitu juga dengan pelajaran anda. Anda MAHU 8A dalam PMR, maka anda akan berusaha sehingga 8A menjadi kenyataan. Berbeza pula, apabila anda kata, “1A pun sudah cukup”. Maka usaha anda sambil lewa sahaja. Oklah saya rasa cukuplah tu... Ikuti sambungannya dalam SYOKNYA BELAJAR!

Eh.. Eh.., apa citer pulak tiba-tiba keluar SYOKNYA BELAJAR!? Hah... Ni nak habaq mai (dialek utara), kan tadi check (saya) kato nak tolong hang (awak)!? Jadi, check dah kumpulkan semuo teknik, rahsia, resipi dan petua yang telah diamalkan oleh pelajar-pelajar cemerlang (Malaysian Top Student) dalam satu buku. Hang tuk sah nak gaduh-gaduh cari lagi. Dapatkan buku ni, baca, faham dan amalkannya je. Tak faham, tanya check. Tapi, check raso mudah faham sebab check dah tulis dalam bahasa yang mudah difahami. Mana taknya, dalam Bahasa Malaysia bukannya bahasa orang putih. SYOKNYA BELAJAR! ni lah tajuk buku check.

Berapa harganya? Jangan bimbang, walaupun harga minya naik, anda masih mampu dapatkan buku yang setebal 256 muka surat seberat 250 gram dengan hanya RM10 (termasuk kos pos). Mahal? Aik.. top up telefon boleh beli, tak kan buku yang dapat membantu anda berjaya tak leh beli kuuut? Luu... fikirlah sendiri !!! (kata Nabil Raja Lawak).



Apa yang ada dalam buku ni ???


Mahu Berjaya
Meneroka Diri
Memprogram Minda
Memperkasa Disiplin Diri
Memahami Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
Bersediakah Anda untuk Belajar?
Merancang Penggunaan Masa
Study SMART 1 : Persediaan Awal Sebelum Ke Kelas
Study SMART 2 : Menghadapi Pembelajaran Di Kelas
Study SMART 3 : Selepas Menghadapi Pembelajaran Di Kelas
Analisis Sukatan Pelajaran
Analisis Soalan Ujian dan Peperiksaan
Analisis Prestasi Ujian dan Peperiksaan Semasa
Teknik Membaca Berkesan
Teknik Mendengar dalam Pembelajaran
Strategi Mencatat Nota
Kemahiran Berfikir
Teknik Mengingat
Kumpulan Belajar
Teknik Menghadapi Mata Pelajaran yang dianggap Sukar
Penyediaan Senarai Semak “Check List”
Mengurus Psikologi untuk Peperiksaan
Asas Pembinaan Soalan Peperiksaan
Persediaan Awal Menghadapi Hari Peperiksaan
Tip Menjelang Hari Peperiksaan
Tip Menghadapi Hari Peperiksaan
Strategi Menjawab Soalan Peperiksaan
Tip Menjawab Soalan Objektif
Tip Menjawab Soalan Jawapan Pendek, Struktur dan Esei
Mengapa Gagal Peperiksaan?
Membina Pelan Tindakan
Amalan Berdoa Dalam Pembelajaran


Labih lanjut layari
http://www.syoknyabelajar.blogspot.com/