gali2 lubang... gali2 lubang

Khamis, Julai 21, 2011

koleksi iluvislam yg diminta dr pakcik Google





Remaja Peduli





Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com

Halo kawan, sahabat muslim tercinta
Kita sambut kemenangan bahagia
Mari kawan, ikutlah bersama kami
Membela risalah Islam didunia

Remaja peduli pintar dan mandiri
Giat berprestasi kupersembahkan untuk Illahi
Bersatu berjihad dalam dakwah Islam
Di atas panji Al Qur'an dan as Sunnah


Mari kawan, ikutlah bersama kami
Membela risalah Islam di dunia kita

Halo kawan, sahabat muslim tercinta
Kita sambut kemenangan bahagia
Mari kawan, ikutlah bersama kami
Membela risalah Islam didunia


Remaja peduli pintar dan mandiri
Giat berprestasi kupersembahkan untuk Illahi
Bersatu berjihad dalam dakwah Islam
Di atas panji Al Qur'an dan as Sunnah


Remaja peduli pintar dan mandiri
Giat berprestasi kupersembahkan untuk Illahi
Bersatu berjihad dalam dakwah Islam
Di atas panji Al Qur'an dan as Sunnah

Mari kawan, ikutlah bersama kami
Membela risalah Islam di dunia kita

Pemuda Palestina







Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com

Tiada kulepas berdiri ditepian jalan
Walau hanya batu senjataku melawan engkau
Ini negeriku dan kami pantas berontak
Perang takkan usai sampai Palestina mulia
Kusadari sebiadab apa dirimu
Dan kau perlu tahu ada Allah diatas sana

Reff :
Aku kencang berlari
Biar kuhadang dengan apa yang kupunya
Hunus saja tubuh ini
Biar kusyahid itu mati yang mulia
Barisan kami Pemuda Palestina

Mimpi jika engkau berharap kami berhenti
Perang takkan usai sampai Palestina mulia
Tanah suci ini kelak akan menjadi saksi
Saat kau terima kehancuran bertubi-tubi




^_^ masyaAllah,ak benar2 tersentuh dgn lagu ini..

Cerpen: Kabus Cinta.




Kabus Cinta. Mengabui jalan kehidupan. Hingga kadangkala kita tersesat meninggalkan Ar-Rahman, terjatuh ke gaung kelakaan.

Kabus Cinta.

Kadangkala, kita dikelabui oleh Cinta,
menyebabkan kita lupa apa yang patut menjadi yang utama buat kita.
Semoga pembaca mendapat manfaat yang besar di dalam cerpen ini.
Enjoy!


Dia berbaring memandang siling putih. Kosong. Tidak seperti di Malaysia yang punya kipas pada siling kebiasaannya. Di Jordan, kebanyakan rumah sewa tidak mempunyai kipas dinding. Pelajar-pelajar yang menyewa akan membeli kipas sendiri yang boleh dialihkan, sebagaimana yang sedang berpusing memberikan angin damai dari penjuru bilik kepada dirinya kini.

Berbantalkan dua belah tangan, dia terus mengenangkan seseorang.
Irfan Hakimi. Sahabat akrab yang sudah seperti keluarganya sendiri. Tambahan, mereka memang tinggal bersama semenjak bapa sahabatnya itu meninggal dunia. Sudah hampir setahun sahabatnya meninggalkannya di sini, selepas tamat graduasi.

Dia yang mengambil Pergigian di Jordan University of Technology, perlu mengharungi lima tahun pengajian, berbanding sahabatnya itu yang mengambil jurusan Usuluddin di University of Yarmouk, hanya perlu mengambil empat tahun pengajian.

Kini dia juga hampir dengan tarikh graduasi. Tinggal sebulan lagi untuk peperiksaan final. Namun bukan itu yang menggusarkan diri. Ada perkara lain yang mencuitnya kini.
Kehilangan sahabat karibnya yang sering memberikan nasihat, dorongan dan sokongan kepadanya itu amat terasa, apabila masalah-masalah di sisi menghambatnya kini.

“Irfan, kan bagus kalau kau ada sekarang.” Dia bersuara. Kemudian keluhan dilepaskan.
Walaupun dia pada hakikatnya mempunyai ramai sahabat karib di Jordan ini, baik dari kalangan yang sama jurusan dengannya atau jurusan perubatan yang sama universiti dengannya, juga dari kalangan yang belajar di Yarmouk mengambil jurusan agama, tetap tiada yang mampu menggantikan Irfan sebagai sahabat terbaik buat dirinya.

“Tak ada kau, longgar skrew-skrew kepala aku. Haih…” Mengeluh lagi.
“Weh, meracau apa seorang diri tu?” Satu suara menerobos dari luar pintu biliknya. Segera dia menggerakkan kepala, memandang ke arah pintu.
Kelihatan Dzulkarnain, teman serumahnya kini, dan juga merupakan sahabat karib sepengajiannya, sedang menyandarkan sebelah bahu pada bingkai pintu. Senyuman lebar terukir, diiringi gelengan kepala. Tidak lama kemudian, Dzulkarnain membuka langkah mendekati katil.

“Terfikir apa ni Asid?” Dilabuhkan punggungnya di atas katil. Asid kekal dengan posisi tadi. Tidak bangun.
“Teringat Irfan.”
“Oh. Apa khabar dia sekarang?”
“Usah ditanya. Bahagia memanjang.” Jawab Asid acuh tak acuh.
Dzulkarnain tertawa.
Asid mengerut dahi. Kemudian matanya digerakkan, memandang wajah Dzulkarnain. “Weh, apa yang lawaknya ni? Aku buat lawak ke?”
“Tak ada la, yang engkau tu jawab macam sedih sahaja apa fasal? Selalunya, bila Irfan bahagia, kau bahagia sama. Bila dia sedih, kau pun gaya macam dunia terbalik sahaja. Ini tak, kau cakap dia bahagia, tetapi nada macam kecewa. Itu yang lawak tu.” Dzulkarnain menggeleng dengan tawa yang masih tersisa.
Dzulkarnain kemudian memandang Asid.
“Kau ada masalah apa ni Asid? Masalah dengan Nasuha ya? Atau masalah dengan Isra’ sebenarnya ni?”
Akhirnya Asid tertawa kecil. Tak sangka Dzulkarnain perasan akan nadanya yang datar, hingga seakan-akan mampu menembusi hatinya, dan menjangka apa yang bermain-main di dalam jiwanya. Ditebar pandangannya ke arah siling kosong itu semula.
“Dua-dua.”
“Masalah apanya?”
“Aku ajak Nasuha kahwin tahun ini sebenarnya, lepas aku habis belajar. Nasuha berkeras nak kahwin tahun depan, lepas dia habis belajar. Tahun ini, dia nak bertunang sahaja.” Nasuha, atau nama penuhnya adalah Sara Nasuha, merupakan wanita yang dicintai oleh Asid, atau nama penuhnya, Rasyid Zakwan. Beberapa peristiwa telah menghubungkan mereka berdua pada tahun yang lalu.
“Oh. Gembiralah macam itu, dia nak kahwin dengan kau. Apa masalahnya?”
“Benda itu jadi masalah, sebab kau pun tahu yang Isra’ tak lepas-lepaskan aku.” Asid menekan suaranya. Isra’ adalah perempuan berbangsa arab, yang hidup dengan gaya hidup agak kebaratan, merupakan pelajar sekelas dengan Asid di sini. Isra’ memang jelas mencintai Asid, dan selama ini berusaha memenangi hatinya. Dan kini, masih lagi berusaha.
“Oh, itu masalahnya.”
“Kau pun tahu, aku dengan Nasuha bukannya rapat sangat. Kenal pun kenal-kenal gitu sahaja. Dengan Isra’ pula, dari tahun satu sekelas. Dia pula sering ambil berat pada aku, sering usaha dekati aku, sering bantu aku itu ini, sering kongsi cerita itu ini dengan aku, dalam kelas selalu usaha duduk dengan aku, masa praktikal pula kumpulan dengan aku.”
“Kau tergoda?”
Pecah tawa Asid spontan. “Jahat la kau ni Dzul. Apa fasal guna terma tergoda pula?”
“Isra’ tu lawa. Macam Nancy Ajram. Macam Emma Roberts. Mana la tahu kan, hati kau tercuit ke.” Dzulkarnain mencuit bahu Asid. Mereka berdua tertawa.
“Hati tercuit mungkin la. Tetapi tergoda tu, tak la. Tercuit sebab dia baik, tambah terfikir pula perempuan yang kita suka macam nak tak nak sahaja dengan kita. Tergoda tu tak la, tergoda tu lebih pada nafsu.”
Dzulkarnain pun mendiamkan diri selepas itu. Asid juga tidak menyambung bicara. Bilik itu hanya diisi dengan bunyi kipas, dan kicauan burung dari luar tingkap bilik.
“Aku takut.” Asid meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Memecah senggang sunyi antara mereka.
Dzulkarnain mengangguk-angguk. Tetapi apakah yang boleh dia bantu? Dzulkarnain juga tidak tahu. Isra’ itu sebenarnya tahu bahawa Asid mencintai Nasuha. Tetapi oleh kerana Asid dan Nasuha tidak mempunyai apa-apa hubungan yang sah, juga ikatan yang rasmi, menyebabkan Isra’ sentiasa rasa bahawa dia masih berpeluang. Sebenarnya, di belakang Asid, Dzulkarnain dan seorang lagi sahabat mereka berdua, Halim, telah pergi bertemu dengan Isra’ dan membincangkan hal ini. Isra’ tetap berkeras untuk mencuba nasibnya. Memperjuangkan cintanya kepada Asid.
Manakala Nasuha, itu mustahil untuk dibawa berbincang. Dzulkarnain dan Halim tidak kenal rapat dengan Nasuha. Tambah pula, kalau cakap suruh kahwin awal ini, macam dah masuk urusan kekeluargaan orang.
“Sabarlah Asid. Kami insyaAllah cuba membantu.”
Asid hanya tersenyum kelat. Memahami limitasi sahabat-sahabatnya di sini.
Sebab itu dia rindukan Irfan Hakimi, sahabat karibnya itu.
Yang kini sudah rasmi menjadi suami kepada Sara Afifa, kakak kembar kepada Sara Nasuha.
“Cinta memang payah, Dzul.”
Dan Dzulkarnain hanya mampu tersenyum.

******

“Asid!”
Terundur Asid ke belakang, terkejut dengan Isra’ yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Bau minyak wangi harum menusuk hidung. Isra’ tertawa sambil menutup mulut. Indah wajah perempuan itu, memang menyentuh kalbu. Tanpa segan silu, dia terus duduk di sebelah Asid, menyebabkan Asid terpaksa menjarakkan dirinya sedikit.
“Why do you look so tired?”
“Haha.” Asid tertawa paksa tanpa memandang Isra’. Penat la, dah hari-hari awak kejar saya. Mana Dzul dengan Halim ni? Masa ni la juga mereka berdua tu tak ada dalam dewan kuliah. “Well, final exams is just around the corner.” Dia menundukkan wajah memandang bawah meja. Apa fasal la Dr Farouq datang lambat hari ini? Hish.
“Don’t worry, if you have any problem, ask me. I’ll help you.” Isra’ memandang tepat pada Asid.
“Thanks Isra’. You are very kind to me.”
“Well, that doesn’t matter for me. You always knew that i’mactually in…” Isra’ mula memperlahankan suara. Hendak meluahkan sesuatu yang penting.
Asid tahu apa yang penting itu. Dia sudah beberapa kali mendengarnya. “Shhh…” Pantas dia memotong. Sempat dia melirik Isra’ yang mengangkat kepala memandangnya kini. Asid menggeleng.
“Don’t Isra’. Please don’t finish that sentence.” Suara Asid datar.
Isra’ diam. Kedengaran keluhan dilepaskan selepas beberapa saat.
“Well, I’ll try harder next time.” Isra’ bangun, dan bergerak meninggalkan tempat duduk Asid. Dia tahu Asid tidak berapa gemar dia berada berdekatan dengan diri lelaki itu.
“Isra’, when will you stop doing this?” Chasing me, loving me like this? Tetapi ayat seterusnya itu tidak melepasi kerongkong Asid. Asid yang melepaskan soalan itu dalam keadaan menunduk, perlahan-lahan mengangkat kepala.
Matanya dan mata Isra’ bertemu.
“Until I have lost all of my chances.” Kemudian Isra’ berpaling dan pergi.
Barulah Dr Farouq masuk. Pergh, dah berpakat dengan Isra’ ke doktor ni? Sumpah Asid di dalam hati. Menggeleng. Ketika ini jugalah baru Dzulkarnain dan Halim muncul, mengambil tempat di sisi Asid. Asid memandang kedua-dua sahabatnya itu. Apa fasal baru datang?
“Kenapa? Kami ada buat salah?” Halim angkat kening sebelah. Tidak memahami pandangan Asid. “Pandang macam raksasa nak tumpaskan ultraman.” Mulut celoteh Halim tidak berhenti dengan satu soalan.
Asid tersenyum kelat.
“Ya Allah, janganlah kau uji aku dengan apa yang aku tak mampu. Kuatkanlah jiwa aku. Kasihanlah dengan aku. Aku memang dambakan perempuan yang mencintaiku, tetapi aku juga dambakan yang benar-benar mencintaiMu ya Rabb.” Kedua-dua penumbuknya dikepal, saat bibir menggumam perlahan kalimah-kalimah tersebut.

*******

Suasana ruang tamu rumah sewa Bangunan Bukhari itu terus ceria. Selepas bacaan doa rabithah dibacakan sebagai penutup program usrah mingguan mereka, sesi membuka cerita-cerita tidak formal pula dimulakan. Dan cerita pertama, adalah cerita yang mengundang tawa ahli-ahli usrah itu.
“Kau biar betul ni Wafiq? Serius?” Asid tidak berkelip memandang adik usrahnya nan seorang itu. Yang sekarang memegang gelaran lelaki paling kacak di Irbid, bernama Wafiq Wasim. Juga terkenal di Malaysia sebagai penyanyi popular yang misteri. Blognya yang sering menjadi tempat dia menumpahkan lagu-lagu terbaru rekaannya sendiri kini antara blog yang paling popular di Malaysia. Kini syarikat-syarikat rakaman sudah mula mengutarakan permintaan agar dia menjadi anak rakaman mereka. Sudahlah kacak, bersuara merdu, popular, bakal berduit banyak, soleh pula. Nyata lelaki kegilaan ramai.
Wafiq Wasim sekadar mengangguk bersama senyuman manis.
“Tahniahlah bro.” Badruddin menumbuk lembut bahu Wafiq.
“Engkau pecah rekod batch kita di sini la nampaknya. Orang pertama kahwin.” Yusuf mencuit tubuh.
“Barakallahu lakuma.” Harith bersuara mendoakan.
Pap, pap, pap. Muiez bertepuk tangan satu persatu sambil menggeleng kepala. “Marvellous bro. Marvellous.”
Mereka berempat, dicampur Wafiq, terkenal sebagai Disaster Five tahun lalu. Kini, mereka digelar The Five Light. Dari pembawa porak peranda yang terkenal, menjadi lima remaja yang amat soleh dan dedikasi di atas jalan dakwah dan tarbiyah. Hasil usaha Irfan Hakimi, dan Asid. Kini, Asid memandu usrah mereka berlima.
Asid tersenyum. “Alhamdulillah. Bagus-bagus. Patutlah aku syak semacam sahaja bila engkau rajin tanya fasal baitul muslim dengan aku semenjak dua menjak ni.”
Wafiq membalas senyuman itu dengan senyuman yang lebih lebar. “Sembang banyak dengan Abang Asid la buat saya lebih yakin untuk teruskan perkara ini. InsyaAllah, kami sebenarnya rancang nak bertunang sekejap sahaja. Bulan 6 ini balik cuti bertunang, sebulan, kemudian bulan 7 kami akan langsungkan perkahwinan, sebelum saya dan bakal isteri datang semula ke sini untuk teruskan pengajian semester pendek di sini.” Wafiq adalah pelajar Jordan University of Technology, semester pendek adalah wajib, bukan pilihan seperti pelajar Yarmouk.
“Kiranya aku kena hadirlah ni? Aku sudah graduasi masa itu.” Asid tertawa.
“Mas’ul saya, kenalah hadir.” Wafiq berbicara ceria. Asid terangguk-angguk.
“Dari sekarang, simpanlah niat yang jelas. Kahwin itu hanya gerbang sahaja. Rumah tangga itu dunianya. Kita nak bina keluarga yang boleh beri manfaat kepada Islam. Sebab itu cinta kita cinta sampai syurga, bukan cinta nafsu semata.” Asid memberikan kalam nasihat.
“InsyaAllah Abang Asid. InsyaAllah.” Wafiq mengangguk, faham.
“Abang Asid, agak-agak bila Abang Asid pula nak kahwin ni? Dari segi fikrah rumah tangga muslim ni, Abang Asid yang selalu bagi nasihat. Tup-tup Wafiq kahwin dulu. Dengan Kak Nasuha macam mana?”
The Five Light ini mengetahui hubungan antara Asid dan Nasuha, kerana semasa mereka bergelar Disaster Five tahun lalu, mereka telah merancang penganiayaan kepada Sara Nasuha, yang menyangka perempuan itu adalah tunang kepada Irfan Hakimi. Akibat penganiayaan itu jugalah, Sara Nasuha dan Asid menjadi agak rapat, dan mengetahui bahawa masing-masing mempunyai rasa cinta sesama mereka.
Asid terjeda sebentar dengan soalan itu. Hatinya tersentuh.
Garu kepala yang tidak gatal, Asid tersengih kelat.
Sukar hendak bersuara.
Sebenarnya, dia sendiri memarahi dirinya, yang mengetahui bahawa jauh di dalam jiwanya, dia tidak mampu bergembira sepenuhnya mendengar Wafiq hendak berumah tangga. Sebab dia rasa betapa dia yang lebih tua dan merupakan orang yang selama ini menjadi tempat rujuk Wafiq, sepatutnya telah berkahwin dahulu.
Akhirnya hanya helaan nafas dilepaskan.
Sara Nasuha…
Nama itu hanya bergema di dalam jiwa.

********

“Assalamu’alaikum Sahabat!” Wajah di skrin itu sedang tersenyum ceria memandangnya.
“Wa’alaikumussalam, Irfan!” Asid rasa seperti hendak melonjak dari kerusi, dan hendak terus masuk ke dalam skrin. Rindunya dia pada suara dan wajah itu.
“Apa khabar kau? Sihat? Macam makin kurus sahaja ni? Risau final exam ke?” Peperiksaan final akan menjelang pada minggu hadapan.
“Aku sihat-sihat sahajalah. Yang engkau ni Irfan, apa khabar?”
“Alhamdulillah. Sihat-sihat. Ni, aku ada berita seronok nak bagitahu ni.” Irfan Hakimi angkat kening dua kali gaya nakal.
Asid angkat sebelah kening. “Oh, itu sebab Skype dengan aku sekarang?”
“Hish, sejak bila kita Skype kena ada sebab? Bukan memang sebulan sekali aku skype dengan engkau ke? Dah kebetulan berita ni muncul masa-masa aku nak skype dengan engkau ni.” Irfan kekal menjaga keikhlasan persahabatan. Benar, dia tidak pernah menghubungi Asid bersebab. Kala-kala tiada masalah, tiada hal, tetap dihubungi Asid sebagai silaturrahim dan mengambil berat keadaan sahabat. Satu perkara yang amat menyentuh jiwa Asid.
“Apa beritanya? Macam teruja benar sahaja aku nampak.” Asid pun jadi teruja.
“Engkau… bakal… jadi… pakcik!!!” Dan Irfan tertawa senang selepas itu.
Mata Asid membesar.
“Afifah mengandung. Tiga minggu dah.” Irfan kelihatan memegang kamera dengan kedua-dua belah tangan, seakan-akan kamera itu adalah wajah Asid yang sebenar.
Tetapi tidak lama kemudian, Asid perlahan-lahan mengalirkan air mata. Dia tidak mampu mengawal perasaan yang bermain di dalam jiwanya. Semakin lama semakin deras lelehan air mata itu. Jiwanya terasa seperti ditusuk sembilu.
Minggu lepas, berita Wafiq. Minggu ini, berita kegembiraan Irfan pula. Dia rasa sedih, sebab sebenarnya dia ingin bergembira sepenuhnya dengan kegembiraan orang-orang yang disayangi. Dia sepatutnya, ketika ini, dia hendak bergembira sepenuhnya, segembira-gembiranya, dengan kegembiraan Irfan yang sudah seperti adik beradik kandungnya sendiri. Tetapi, apakah perasaan ini? Apakah perasaan yang terseksa yang sedang berada di dalam jiwanya kini?
Tangisannya semakin kuat. Bahunya terenjut-enjut atas cubaannya untuk menahan tangisan itu. Tetapi dia tidak mampu. Air mata terus deras mengalir.
Irfan di skrin tergamam.
“Asid?” Suara kedengaran dari corong pembesar suara.
“Kenapa ni?” Kerisauan.
“Irfan, aku minta maaf. Aku cuba untuk gembira dengan berita ini, tetapi nyata ada juzu’ di dalam hati aku, yang cemburu dengan kegembiraan engkau. Yang mengharapkan engkau tidak membawa berita ini. Ada sebahagian di dalam diri aku, yang rasa terseksa mendengar berita ini, yang rasa diri ini tidak diperlakukan dengan adil oleh Ilahi.”
“Astaghfirullah.” Irfan beristighfar terkejut.
“Apa masalah kau sebenarnya ni Asid? Cuba cerita. Aku kan ada ni.” Suara Irfan sayu, jelas terpancar belas kasihannya kepada Asid. “Kalau kau hajat aku untuk ada di sisi engkau, sekarang juga aku telefon universiti untuk minta cuti, dan esok juga aku ambil tiket kapal terbang pergi Jordan.”
Terharu Asid mendengar. Dia tahu, kalau dia kata: Ya, aku nak engkau ada di sini, Irfan akan benar-benar melakukannya. Dia kenal Irfan, dan bagaimana Irfan menghargai persahabatan mereka.
Asid menggeleng. Perlahan-lahan dia cuba bersuara.
“Aku cintakan Nasuha, Irfan. Tetapi dia, dia tak berapa mahu berbincang dengan aku. Tanpa dia nak dengar sebab musabab aku ajak kahwin tahun ini, dia berkeras dengan pendiriannya untuk kahwin selepas dia tamat pengajian. Aku ini tersekat sekarang Irfan. Kau kenal Isra’ kan?”
Irfan mengangguk. Semasa dia berada di Jordan lagi, dia tahu masalah Asid dengan perempuan keturunan arab berkehidupan barat yang bernama Isra’ itu.
“Dia semakin giat berusaha untuk mendapatkan aku. Aku tak pasti sekarang ini. Ada sesuatu di dalam diri aku, menyatakan aku patut terima sahaja Isra’. Aku patut tinggalkan sahaja Nasuha. Aku rasa terseksa Irfan. Kau tahu, Wafiq hendak berkahwin? Sedangkan aku mas’ul dia Irfan. Aku rasa, Nasuha itu terlalu memberatkan aku. Sedangkan aku rasa aku patut berkahwin untuk bantu aku, selamatkan diri aku.” Asid meluahkan segala-galanya.
“Aku rasa, cinta aku kepada dia itu tak ada maknanya. Aku rasa tak berguna sekarang. Aku rasa Allah tak menyebelahi aku. Aku sudah usaha dengan cara terhormat dengan Nasuha. Lalu mak ayah dia, nyatakan hajat yang sebetulnya. Bukan aku terus-terus dengan dia. Tetapi, apa yang aku dapat? Bila berbincang tidak mahu berbincang. Dia asyik minta aku memahami dia, dia pula tidak hendak memahami keadaan aku.”
Sayu suara Asid, ditambah esak tangisnya lagi, membuat Irfan juga berwajah durja.
“Aku tahu keadaan engkau ini. Nasuha ada beritahu aku.”
Asid perlahan-lahan mengangkat kepala. Ya, Nasuha kini secara rasminya adalah adik ipar kepada Irfan.
“Nasuha itu, mungkin kita payah nak ubah persepsi pemikiran dia Asid. Dia mungkin, tak berfikir dari sudut pandangan engkau. Aku tahu betapa engkau banyak berusaha berfikir dengan sudut pandangan dia. Tetapi, inilah dia Asid, cabarannya bila bercinta. Kita kadang-kadang, terpaksa mengorbankan sesuatu yang kita rasa baik, untuk sesuatu yang lebih baik.”
“Maksudnya?” Asid tidak memahami.
“Sesuatu yang baik, adalah kau kahwin awal dengan Nasuha. Kau terjaga. Terselamat. Tetapi, takut-takut bila engkau mati-matian dapatkan yang baik itu, sesuatu yang lebih baik pula terlepas. Iaitu penyatuan engkau dan Nasuha. Mungkin bila engkau terlalu usaha sangat mengubah persepsi dia, dia terus tinggalkan engkau, maka rugilah engkau terlepas perempuan sebaik dia.”
“Habis, apakah aku patut bersabar? Aku cintakan dia Asid. Dan sekarang,c inta ini rasanya tidak dibalas dengan adil.”
Irfan mengangguk perlahan. Memahami.
“Hidup ini adalah perjalanan. Dan di tengah perjalanan itu, kita akan melalui satu kawasan berkabus yang mempunyai selekoh tajam. Kabus itu bernama Cinta. Yang tidak menyusun langkahannya dengan baik, akan melanggar penghadang selekoh, dan jatuh ke dalam gaung yang mencelakakan. Engkau wahai Asid, engkau sedang melalaui Kabus Cinta itu. Kalau engkau tidak menjaga langkahan engkau, dan ingat kembali tujuan asal engkau bercinta, engkau akan terbabas di selekoh tajam itu, dan jauh ke gaung celaka.” Irfan menuturkan nasihat penuh hikmah itu perlahan-lahan. Satu persatu disebut dengan jelas.
Asid mengerutkan dahi.
“Cinta ini kabus Asid. Kabus tebal hingga kita tak nampak jalan. Melainkan engkau jelas apa yang engkau hendak capai. Kalau sampai kita rasa Allah tak adil, kita rasa kecewa yang melampau hingga hati kita terganggu, kita rasa tidak gembira, hingga ibadah pun terganggu, hingga hendak gembira dengan kegembiraan sahabat pun sukar, itu namanya kita sudah mula hendak melanggar selekoh penghadang itu Asid. Aku sebenarnya tidaklah peduli sangat, sama ada engkau memilih Isra’, mahupun memilih Nasuha. Tetapi yang aku peduli adalah, bagaimanakah engkau melalui Kabus Cinta ini, Asid. Bagaimana? Dan engkau juga perlu melihat, bagaimana Isra’ dan Nasuha, melalui pula Kabus Cinta mereka? Siapakah yang setakat ini, cintanya benar-benar terjaga dek batas-batas syara’?”
Dan kini, jiwa Asid seperti disimbah air ketenangan. Lapang. Tangisannya mula berkurangan. Kini air matanya sekadar mengalir perlahan.
Kabus Cinta. Dia sedang melaluinya. Isra’ sedang melaluinya. Nasuha sedang melaluinya.
Dia melihat Irfan tersenyum.
“Asid sahabat aku yang aku kasihi, bersabarlah. Kadang-kadang, untuk capai benda yang baik itu memang payah. Aku rasa, kalau engkau bersabar lebih sedikit daripada yang selama ini, engkau akan lihat satu contoh yang melanggar selekoh tajam yang aku nyatakan itu.”
Eh? Kening Asid terangkat.
“Ingat pesan aku sahabat. Engkau pun tahu sebenarnya, Nasuha cintakan engkau. Mungkin dia ada caranya tersendiri agar tidak jatuh pada gaung celaka itu, walaupun mungkin terlalu paranoid untuk aku katakan.” Irfan tertawa. “Tetapi Isra’, mengikut apa yang engkau cerita selama ini, engkau tahu dia cintakan engkau juga. Tetapi bagaimanakah cinta dia? Dan percayalah cakap aku Asid, cinta dia adalah yang akan menghentam selekoh tajam itu, dek kerana dikelabui matanya oleh Kabus Cinta.”
Dan pesanan Irfan itu seperti mengembalikannya ke alam nyata, dari alam mimpi yang selama ini menyelimutinya.
“Jangan jatuh ke gaung itu Asid. Percayalah. Bersabarlah. Dan sibukkanlah kehidupan engkau. Ketika mana engkau sering disibukkan aku dahulu.” Irfan tertawa menyempurnakan pesanannya itu.
“Seperti mana engkau sering disibukkan aku dahulu.”
Asid akhirnya tertawa sama.

*******

Asid mula menyusun kehidupannya kembali.
Hidupnya disibukkan dari seawal sebelum Subuh, hingga waktu tidurnya pukul 12.00 malam. Solat-solat yang digalakkan di sepertiga malam dilaksanakan dengan giat. Waktu pagi selepas Subuhnya diisi Al-Mathurat dan Bacaan Al-Quran bersama sahabat-sahabatnya yang lain. Sarapan pagi bersama Dzulkarnain dan Halim di rumah. Kemudian pergi ke perpustakaan untuk studi memandangkan minggu ini adalah minggu persediaan sebelum peperiksaan final menjengah beberapa hari lagi. Zuhur di perpustakaan, sebelum makan tengahari bersama Dzulkarnain dan Halim, kemudian diisi dengan studi bersama-sama mereka berdua pula selepas itu. Solat Asar dan Al-Mathurat, kemudian turun beriadhah hingga hampir Maghrib. Solat Maghrib dan membaca Al-Quran, kemudian makan malam bersama sahabat-sahabatnya, Solat Isya’ dan mengulang kaji nota-nota yang dibuat pada waktu siang. Pukul 11.30 malam membaca Al-Mulk, dan solat taubat dua rakaat bersama-sama solat hajat dua rakaat sebelum memejamkan mata pada pukul 12.00 malam.
Itulah yang dia lakukan, dan betul-betul dia mendisiplinkan dirinya.
Nama Nasuha tidak sekalipun keluar dari bibir. Isra’ juga berjaya disisihkan memandangkan kelas sudah lagi tiada. Dia benar-benar rasa lapang kini.
Bertahan, bertahan, bertahan. Itulah yang dia sering sebutkan untuk memujuk diri. Kembali mengajak diri dan bermuhasabah akan persoalan cinta. Dia tidak mahu tersesat di dalam kabus cinta, lantas menghadang penghadang yang akan membuatkan dia terhumban ke gaung celaka.
Dan apa yang dia lakukan ini, diteruskan hingga ke musim peperiksaan. Dua minggu peperiksaan final berjalan. Praktikal dan bertulis. Semuanya berjalan dengan lancar. Senyuman Dzulkarnain dan Halim setiap kali tamat peperiksaan nyata memberikannya ketenangan, selain doa dan pergantungannya kepada Allah SWT.
Tetapi ada sesuatu menyentuh benaknya pada penghujung peperiksaan. Dia perasan bagaimana Isra’ memandangnya. Dia perasan pandangan mata itu adalah pandangan ketakutan. Takut kehilangan sesuatu. Takut kehilangan diakah?
Menyedari bahawa hari-hari akhir semakin mendekati, dan nanti mereka memang tidak akan punya peluang bersama lagi, apakah Isra’ merasa risau? Persoalan itu muncul di benak Asid. Pandangan Isra’ merisaukan dirinya.
Tetapi dia berusaha untuk tidak menghiraukan.
Dan selepas dua minggu, peperiksaan final pun tamat.
Senyuman terukir di bibir.

*******

Hari ini merupakan hari ketujuh terakhir untuk dia berada di Jordan. Segala urusan selepas graduasinya dua minggu lepas telah selesai semuanya. Dan kini Asid sedang bersama-sama rakan seangkatannya di Universiti sebagai perkumpulan terakhir mereka. Baik melayu, baik arab, baik bangsa-bangsa lain, semua berkumpul di Dibben Forest, Jerash, Jordan.
Mereka sama-sama memanggang ayam, hot dog, dan berkongsi itu dan ini. Meriah. Ditambah pula dengan pelbagai bangsa berkumpul bersama, yang selepas ini masing-masing akan pulang ke negara masing-masing, kecuali rakyat Jordan yang akan kekal di sini. Ada juga sesi meluahkan perasaan selepas graduasi. Semuanya menarik, dan menyentuh hati.
Program berjalan lancar, dari pagi hinggalah ke tengahari. Program akan ditutup dengan sesi fotografi.
“Kita tangkap gambar di mana ni?” Asid mencekak pinggang. Keletihan selepas perut disumbat dengan makanan.
“Tayyib kata dekat kawasan lapang tu.” Dzulkarnain menunjuk.
“Kenapa? Dah tak larat jalan? Tu la, sumbat lagi banyak-banyak makanan dalam perut.” Halim berceloteh.
Asid tertawa. “Takkan la sampai tak larat jalan. Kau ni pun Halim, pada-pada la perli aku.”
Akhirnya Dzulkarnain dan Halim sama-sama tertawa.
“Dah-dah, jom jalan.” Halim bergerak pantas. Diikuti Dzulkarnain dan Asid.
“Asid,” Tiba-tiba satu suara menghentikan langkahan Asid. Dia kenal akan suara itu. Perlahan-lahan dia menoleh. Sebagaimana yang dijangka, Isra’ berdiri di belakangnya.
“Can you help me? I think i lost my watch in the forest when all of us do our activities there.” Isra’ mengangkat tangan, menunjukkan pergelangan yang kosong tanpa jam seperti kebiasaan. Wajah itu memohon belas.
Asid menggaru kepala. Dzulkarnain dan Halim memandangnya. Dia kemudiannya memandang semula kepada Isra’.
“Please?” Isra’ merayu. Asid memandang semula kepada dua orang sahabatnya.
“Pergilah. Bukan ada orang lagi nak tolong dia.” Halim separuh rela bersuara, sambil memandang sekeliling mereka yang telah lengang, kerana pelajar-pelajar lain sudah pergi berkumpul di kawasan lapang.
Asid melepaskan keluhan. “Let’s go.”
Mereka berdua memasuki hutan itu semula, ke tempat mereka tadi berkumpul melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama yang lain. Kelihatan masih jelas arang yang sudah lembab dibasahi air yang disiram tadi sebelum bersurai dari situ.
Isra’ terus menuju ke satu tempat, yakni kawasan yang mungkin diduduki dia tadi. Asid turut pergi ke tempat itu. Sama-sama mencari di bawah daun-daun kering yang menghampari kawasan itu menutup bumi.
Asid khusyuk. Bersungguh-sungguh berusaha untuk membantu, tanpa sedikit pun membuka bicara dengan Isra’. Isra’ seakan-akan tidak wujud. Fokusnya mencari jam itu secepat mungkin, agar dia boleh pergi meninggalkan Isra’ secepat mungkin. Selepas hari ini, Isra’ akan terkambus dalam sejarah hidupnya sahaja. Bukan lagi sebahagian dari hidupnya yang berjalan.
Tiba-tiba bau wangian Isra’ semakin menusuk hidung. Dan anehnya, bau itu semakin kuat dalam keadaan yang pantas. Belum sempat Asid bereaksi, tubuhnya telah terlentang ke bumi, dengan Isra’ mendakapknya seerat mungkin. Matanya membesar, terkejut tidak percaya.
“Astaghfirullah Isra’, what are you doing?” Asid meninggikan suara. Tubuh mereka bersentuhan dan wajah Isra’ kini melekat pada dadanya.
“I love you Asid. I really love you!” Isra’ bersuara, dengan tangisan yang telah bermula.
“But you know that i’m not in love with you Isra’!” Asid cuba memegang bahu Isra’ untuk melepaskan dakapan itu. Tetapi Isra’ betul-betul seperti mengunci kedua-dua belah tangannya. Degupan jantung Asid semakin kuat.
“What I must do to get your love Asid? What I must do so that we can be together?” Isra’ bertanya dalam esak tangisannya.
“You can’t do anything. Please Isra’, don’t this. You know this is haram. Please Isra’!” Asid dapat merasakan bajunya mula dibasahi tangisan Isra’.
“I don’t care. Even if i must go to The Hell, I’ll make sure you are mine!” Isra’ kini berteriak marah. Nekad nampaknya.
Asid sudah berpeluh kerisauan. Ya Allah, selamatkanlah aku!
“Isra’, leave him!” Tiba-tiba kedengaran satu suara ibarat halilintar menjengah hutan itu. Isra’ yang diseru segera menoleh. Asid turut menoleh ke arah yang sama.
Dzulkarnain dan Halim, dengan wajah yang merah padam berjalan pantas mendekati Asid dan Isra’. Perlahan-lahan Isra’ melepaskan rangkulannya pada tubuh Asid. Perlahan-lahan bangun. Asid segera menjarakkan diri, mengengsot menjauhi Isra’, sebelum turut sama berdiri. Ini mimpi ngeri.
“Dzul, Halim, kau jangan salah fa…”
“Kau diam Asid!” Halim bersuara. Matanya membesar tanda marah.
Asid terkejut dengan tingginya suara Halim. Apakah dia sudah terperangkap dengan perangkap Isra’? Dia akan dituduh berkhalwat dengan perempuan ini, dan mereka akan dipaksa kahwin bagi menutup aib.
“Actually, we love each other!” Isra’ pantas bersuara. Asid terkejut dengan apa yang disuarakan Isra’. Itu membuatkan apa yang berlaku tadi seakan-akan adalah di atas kerelaan.
“Dzul, Halim, dengar du…”
“Aku kata diam, Asid!” Halim meninggikan suara lagi. Kini, mata Halim dan Dzulkarnain tepat memandang Isra’.
“What have you done, Isra’?” Dzulkarnain bersuara serius. Wajahnya merah padam seperti gunung berapi yang hampir meletus.
“Eh?” Isra’ terkejut.
“We saw what you did. We saw how you rushed towards him!” Halim menunjuk kepada Asid.
Mata Isra’ terbuntang.
Mata Asid juga membulat. Jiwa tiba-tiba jadi lapang. Sangkanya, Halim dan Dzulkarnain sudah menyangka bahawa ini semua angkara dia.
“Dzul rasa tak sedap hati. Ajak aku untuk tengok kau dan Isra’. Kami terlupa, how madly she love you before.” Mata Halim seperti ingin menembusi tengkorak kepala Isra’.
Dzulkarnain menggeleng. “You are women Isra’. A muslimah, don’t you feel ashamed?”
Isra’ terus terjelepuk jatuh. Kemudian menangis teresak-esak. “I love him. I love him so much. I don’t want to lose him.”
Suasana jadi senyap sebentar.
Cinta.
“This is not love Isra’. Love supposed to lead us to heaven. Not bring us to hell.” Asid akhirnya menghela nafas. Bibirnya diketap kecewa. Tidak sangka Isra’ melangkah sejauh ini. Melanggar penghadang jalan, jatuh ke gaung kecelakaan. Tertipu di tengah Kabus Cinta.
Asid menggeleng. Terkilan dengan apa yang berlaku. Mujur iman senipis bawang di dalam dada menjaga dirinya. Kalaulah tidak ditarbiyah selama ini, dan tidak pula mengikuti nasihat Irfan dalam menguatkan diri, entah apa yang berlaku sebentar tadi apabila nafsu dicucuk sedemikian rupa.
“Please, kita rahsiakan benda ini. Kasihan dia.” Asid mendepangkan kedua-dua belah tangannya. Meredakan kemarahan Dzulkarnain dan Halim. Risau jika kedua-dua sahabatnya itu akan memanjangkan perkara ini kepada rakan-rakan yang lain.
“Isra’, this is what happened to Zulaikha. Blinded by love, she moved towards Yusuf like what you did to Asid just now.” Halim menggeleng kepala, marahnya masih membara, dan akhirnya dia ditarik oleh Asid untuk meninggalkan tempat itu.
Isra’ menangis sendirian. Perlahan-lahan tiga sahabat menjauhi perempuan itu.
Esak tangis Isra’ masih mencapai cuping telinga Asid. Pedih jiwanya.
Tertipu dengan cinta.
Hingga sanggup turun ke neraka.
Asid menggeleng.
Mujur dia adalah yang tidak dikelabui kabus cinta.
Ya Rabb, aku bersyukur dengan perlindunganMu kepadaku. Aku bersyukur dengan petunjukMu kepadaku. Sungguh cinta yang sebenar adalah cinta kepadaMu. Sungguh cinta kepada manusia yang bermakna adalah cinta berlandaskan cinta kepadaMu. Asid berbicara syukur di dalam hati.

*******

Perlahan-lahan waktu berjalan, dan kesabaran menunggu di dalam penantian, hari ini baru dirasai betapa manisnya tabah melalui ujian.
“Rasyid Zakwan.”
“Ya?” Senyumannya terukir.
“Hari ini, saya nak cakap sesuatu yang saya pendamkan pada awak selama ini.”
“Ya?” Angkat sebelah kening. Seakan menggesa, apa dia?
“Saya cintakan awak.”
Dan senyumannya melebar.
“Saya cintakan awak juga, Sara Nasuha.” Perlahan-lahan bibirnya mengucup dahi perempuan ibarat bidadari di hadapannya itu. Di dalam bilik itu, mereka bercerita akan hari-hari lalu dan meluahkan perasaan mereka. Sama-sama tertawa, sama-sama menangis.
Sungguh, dia merasa bahagia.
Setahun yang lalu andai Irfan tidak menariknya, mungkin dia akan sama seperti Isra’, terbabas ke gaung kecelakaan. Berpaling dari Tuhan semata-mata kerana dahagakan cinta manusia. Kini dia merasai kemanisannya, bila bersabar demi menghormati cintanya kepada Ilahi.
Bila jelas akan erti cinta yang sebenar, dan matlamat cinta yang terutama, dan bila diri disibukkan dengan Cinta Yang Sebenar-benarnya, maka akan terselamatlah diri dari Kabus Cinta yang mengelirukan.
Tetapi andai perasaan menjadi pemandu, maka di dalam Kabus Cinta yang tebal itu, tidak kelihatan selekoh yang tajam, dan keterujaan mendapatkan cinta manusia akan menyebabkan diri terlanggar penghadang jalan, lantas terhumban ke gaung kecelakaan.
© Langitilahi.com
Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan bahan-bahan yang terdapat di sini, namun alamat langitilahi.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran pihak langitilahi.com terlebih dahulu

Mari Menjadi Hamba

Posted in: Cerpen, Karya


Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf di alam penulisan. Lahir pada 16 Januari 1989. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Kemudian di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Kini merupakan pelajar University of Yarmouk, dalam bidang Usuluddin. Telah menghasilkan beberapa buah Novel seperti Novel VT, Novel Hero, Novel Takdir dan lain-lain, juga beberapa buah buku Motivasi yang terkenal dengan siri Buku Motivasi Langit Ilahi.

Khamis, Julai 14, 2011

Mutiara Kata dr VT Hilal Asyraf



Allah SWT berfirman : Sekiranya kamu membantu Allah maka Allah akan membantu kau dan menguatkan kaki-kaki kamu.

Seluruh kehidupan manusia adalah ibadah dan setiap inci muka bumi ini adalah mihrab. Semoga kita dapat mengaplikasikan perkara ini. Islam itu perlu kamu bawa ke mana-ana, di dalam kelas, di kantin, di rumah, di dalam dorm di padang permainan. Ajaran-ajaran Islam seperti menutup aurat, menepati masa, amanah, jujur, dan berkata dengan perkataan yang baik perlu kamu bawa di mana-mana sahaja. Ketahuilah bahawa Allah SWT akan mengira amalan-amalan kita, walaupun amalan kita itu kecil sahaja.

Barangsiapa yang melakukan perkara kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dikira. Dan barangsiapa yang melakukan perkara keburukan walau sebesar zarah, tetap akan dikira.

Allah jugalah yang boleh menyatukan hati manusia. Walau seluruh dunia duduk berkumpul hendak mengubah hati manusia, maka mereka tidak kan mampu. Allah jugalah yang mengubah hati manusia, mengikut apa yang Dia mahu. Kita hanya berusaha.

Hebat mana pun kita studi, kita kena sandarkan usaha kita itu kepada Allah. Kita berusaha ini sebab Allah suruh. Natijahnya, tetap Allah yang beri. Natijah bukan datang dari usah kita sebenarnya. Kita usaha itu kerana Allah. Jangan salah tanggapan pula. Ramai orang ingat usaha itulah yang buat orang berjaya.

Manusia itu akan didatangi cabaran demi cabaran. Selepas selesai satu cabaran, maka cabaran lain pula akan tiba kepadanya. Sehinggalah dia dijemput oleh ajalnya.

Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, selagi belum tiba kepada kamu, sebagaimana yang didatangkan kepada kaum sebelum kamu. Mereka diuji dengan cabaran, ujian dan digoncang sehingga Rasul dan orang di sekelilingnya berkata, bilakah pertolongan Allah mahu sampai? Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu amat dekat.

Allah itu jugalah yang tahu apa yang baik untuk hamba-hamba-Nya. Orang yang berubah dari keburukan kepada kebaikan, maka orang itu lebih dicintai oleh Allah SWT. Bukan senang hendak tinggalkan keburukan dalam diri.

Kita memang sentiasa nampak menang itu adalah yang terbaik. Kita tidak tahu yang sebenarnya Allah juga yang lebih tahu. Sebab itulah , kita selalu kata, kita berusaha sahaja, Allah SWT yang akan berikan natijah. Selepas kita berusaha, apa sahaja natijah yang Allah berikan itu adalah yang terbaik untuk kita.

Boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik untuk kamu dan boleh jadi juga apa yang kamu sukai itu buruk bagi kamu. Allah itu maha mengetahui dan kamu tidak mengetahui.

Setiap kamu merupakan penjuru dari penjuru-penjuru Islam, musuh akan menyerang melalui penjuru kamu, maka pertahankanlah penjuru kamu.
Kalau hendak buat bangunan pencakar langit, yang paling penting adalah asasnya. Kalau kuat asas, kuatlah dia bertahan.

Cahaya kebenaran itu tidak akan terpadam. Apabila kita berhenti membawanya Allah akan menggantikan dengan orang lain.

Apabila kita membina hati kita, kekuatan yang sebenar itu akan datang. Kekuatan 313 menewaskan 1000, kekuatan 1000 menewaskan 3000, kekuatan 3000 menandingi 10000. Perang Uhud, Badar, Khandaq.

Semua yang beriman Allah akan uji. Allah hendak melihat adakah dia berkata benar atau berbohong semata-mata

Matahari itu sumber tenaga, memancar tanpa kenal erti jemu dan kecewa, hanya malap apabila masanya telah tiba. Selama itu terus memancar memberikan cahaya

Kadang-kadang juara juga perlu kalah. Barulah dia belajar untuk tidak kalah

Uhibbukafillah – aku mencintaimu kerana Allah


Perbaikilah diri kamu dan ajaklah orang lain.

Mendidik jiwa manusia tak semudah membentuk plastisin. Mendidik jiwa manusia memerlukan seni, kesabaran dan waktu.

Apakah kamu mengira Kami akan membenarkan kamu untuk berkata kami telah beriman sedangkan kamu belum lagi diuji.

Jalan menuju ke syurga tak akan dihampari permaidani merah yang lurus, kemudian ditabur dengan bunga-bunga, tetapi jalan menuju ke syurga itu adalah jalan yang bengkang-bengkok, rapuh, penuh dengan semak samun serta ditaburi dengan duri yang terpacak.

Coklat tenaga qiamullail, yang diadun dengan krim solat hajat, bersama karamel solat taubat, ditambah dengan kacang tilawah.

Ahad, Julai 03, 2011

1924 - SOLDIER OF ALLAH

The truth about the state
It wasn't always like this
Let us look back in time
History reminds us
One army
One land

One central authority
Crushing the romans
persians put in fear
The Ummah like a Lion
No need to shed a tear


When the village was attacked by the kufar
The Khalife heard
The sister cry &
Prepared for war
Attacking the city

Destroying it
from existence
Lesson # 1
Don't ever
Mess with Muslims

The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him
Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and dignify the Ummah???
In 1917 Prime Minister of britain after entering Jerusalem stated "the crusade war has ended"
In the same year the french general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi
Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine & Syria
he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here �
How did they do this
to you and me
We turn on the TV
and all we see
is a world full of casualties
a generation in agony
our Ummah is in misery
let us go back
to beginning of the century
and review our history

from one side
to the other side of the globe
the system of Islam
Ruled over the world
They went to the Muslims
for the all their solutions
from mathematics to biology
to the advancements in technology


the kafir women
use to imitate our women
they wanted the same respect
that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam
were trying to twist the Quran
trying to write a Surah like Allah's they all failed miserably
& many of them responded with Ashhadu -an la Ilaha Ilallah wa Ashhadu- anna Muhammadun rasullullah
Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like the Quran
And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it
The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning
and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put even a scratch a side of a muster seeds on the throne of almighty Allah (SWT)

After failing on the battlefield
they kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough

the Muslim Ummah
began to sink
In 1917 john belford
promised Palestine
to the jews 31 years later
his promise went through

brittan and france
split the Muslim lands
3 years later
Islam worst traitor
mustafa kamal
Brought the states fall

In 1920's mustafah kammal with the help of the british becomes the hero
Hmm� well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for human beings
The khilafah!!!�
he abandon all the rulings of Allah� he did not stop there�.
He abanded the Adan in Arabic, he denied Muslim sister from obeying Allah (SWT) by abandoning the Hijab
All Islamic calendars and holidays were canceled
Yes brothers and sisters�
he changes the Arabic alphabet to Latin
By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their Islamic roots
as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded
This Islamic system sent by the Creator of alameen went from the application in life to be in museums for people to go and see in turkey

In 1924
Our state was demolished
Hundred years of planning And their plans were accomplished
Kafirs broke our bond
Contaminated our knowledge
Better listen up
because you won't learn this in college

Beginning of the end
and the divisions began
Step by step
they divided our lands
in 1921 saudi arabia & iran
next year egypt &
In 32 iraq

In 1945
jordan indonesia
Lebonen & syria
Two years later
The division of India
the Muslims took a stand
and demanded
the ruling of Islam
so they gave them pakistan
but it was only an illusion
a false resolution
far from the solution
In 1948
The Jews establish their israeli state


In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:
I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land I will not allow any carving up while we are alive!!!!!

In 1960's
somolia & nigaria
kuwait & algeria
In 1964 Came the PLO
yasar arafat
The us scarecrow
a great declined
In 1969
When the west was training Muslims scholars for hire
Jews were setting
Al-Aqsa mosque on fire!

Let us recall 1970
For those who don't remember
That was the year
That we had black September

The king of jorden
& yaser arafat
Began their plot
Shot after shot
Muslim blood spilled
As innocent Muslims were killed
Communism attacked
but Muslims fought back

The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians
and then They started to fight among themselves
Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of dignity
But his promise never went through
soon after iran and iraq went to war
And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killing Muslims
Over what!!!??? What else�!!! the agenda of the west!!! �at the end there were no resolution
Today iran is very much open to democracy and reformation
and the Muslims in iraq continue to suffer�.
SubhanAllah!�. where is the Amir of the Ummah??!!!!�..

Another decade gone
But we still don't have Islam
Take a look at the gulf
And the killings of sadam
Over million Muslims died
But no one answered their cries
In the 1990's
The Muslim genocide
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Dagistan

Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!


It's year 2000
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It's time for us to change
It's up to you & me
Either we make history
or we become history�

Mari Kita Beramal Dan Sampaikan ~>> CARA BERSANGKA BAIK.

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah SWT, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah SWT jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah SWT kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
--------------------------------------
Seorang pencuci berkata, " Alangkah baiknya sekiranya daku dapat mencuci HATIKU seperti tandas ini...nampaknya tandas ini lebih BERSIH dari hatiku."

IBU SEKUAT 1000 LELAKI.

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” Ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “Kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah.”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapamu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, terhormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya di sebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yang kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini."
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti.”

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Di sebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita di atas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada di rahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah di atas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.
Rujukan dari sebuah majalah TARBAWI ” MENUJU KESOLEHAN PERIBADI & UMAT”

Sabtu, Julai 02, 2011

Aidil - Cuba

[MTV] Mawi, Akhil Hayy, Imam Muda - HambaMu (Lagu Tema Imam Muda)

Jonas Brothers: When You Look Me In The Eyes - Official (HQ)

Opick-Rapuh with lyrics

sebiru hari ini 0001

AURAT






assalamualaikum..

laa ni kita cite sal aurat plak.. benda x kn pernah berhenti diperdengarkan, dibahaskn.. lbh2 lagi berkaitan dgn kaum hawa..

ramai yg x paham ap sebenrnya pengertian 'MENUTUP AURAT' tu sbbnya ramai yg x menutup aurat dgn betul..

contohnya:
#muslimah
~ pakai tudung tp x melabuhkannya utk menutupi dada
~ pakai tudung tp pakai baju,seluar ketat, baju lengan pendek
~ pakai tudung tp rambut terjuntai dr blkg tudung
~ baju x labuh utk menutup bahagian punggung
~ pakai tudung yg hanya menutup rambut tp menampakkn leher

#muslimin
~ pakai seluar pendek trutama time bersukan..nmpk la lutut tu bro,aurat tu
~ pakai baju ketat juga aurat utk lelaki



dr www.zaharuddin.net

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

” Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard’ pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

USTAZAH PILIHAN




assalamualaikum..

ni nk cite sal prgrm baru kt astro oasis plak..

bla dh abis IMAM MUDA, pihak astro nk wat prgrm utk muslimah plak.. prgrm ini diberi nama USTAZAH PILIHAN.. pada pendapat antum la kan, patut x prgrm ni diteruskan???

pada sy la kan..xpyh wat la prgm mcm ni.. ntah ase cam x elok je ad la.. cam pgrm GADIS MELAYU tu.. peserta2 pgrm tu mcm palstik je..eee,xsuka la sesangat...hehehe

kalau la pgrm USTAZAH PILIHAN diteruskan... cuba pk2 sal

1. aurat
2. make-up
3. muka ( mesti org duk tgk2..org laki mesti ckp..comeynye,ayunya.. haaa lau yg dh kawin,lau suami dgq cam na??? haaa)

ntah la..pndpt msg2 kn

IMAM MUDA MUSIM KE-2





assalamualaikum...

alhamdulillah, imam muda musim ke-2 telah melabuhkan tirainya semalam dan imam muda unggul telah disandang oleh IMAM MUDA HASSAN.. tahniah..ape pun sume imam muda manthop insyaAllah dunia dan akhirat.

harap2 program ini diteruskan pada mas2 akan dtg keran dengan adnya imam muda..anak2 muda mula ras terpanggil untuk menghadiri majlis2 ilmu sepertimana yg dpt dilihat dlm program JEJAK IMAM MUDA... alhmdulillah.. at least kita x ketandusan pelapis pemimpin2 yg menjunjung agama yg insyaAllah dpt sama2 membawa kita ke syurga. insyaAllah

teguran untuk sahabat2 muslimah..tgk la pgrm ini utk tmbh ilmu..bkn nk 'gedik2'.
~ imam muda ni hensem la
~ imam muda ni dh kawin belum???
x pyh nk jatuhkn maruah kita... x malu ke wat mcm tu ha??? jagalah maruah kita sbg muslimah sejati k..