gali2 lubang... gali2 lubang

Jumaat, April 10, 2009

TOT di Kem Rehlah,Semerak Pasir Puteh...










Pada 5-7 Mac yang lepas,beberapa orang plajar 5sc1 mengikuti program Train Of Trainers (TOT) yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ni la gambar sepanjang berada di sana...hehehe..macam2 keletah boleh dilihat...n program yg plg best ialah ms program mendaki BUKIT PERAKSI... tp sblm naik bkt tu kami sume kena jln kaki ke sana dr tapak perkhemahan...mmg letih giler...tp ketua kem komanden bgtau yg group sek kami agk cepat berbanding sek lain...CONGRATULATIN... hehehe... bangga lak ase...n ms blk lak sblm sampai kt tapak kem tu...kami kena melalui paya...eee...abis pakaian kami...blk tu rendam 7 ari 7 malam pun x ialng lg bau...ish2..tp nie la pengalaman yg plg x dpt kami lupakan...n masa pulang...sume keletihan...




KUCAR SURO...




maaf agak lambat update blog...busy sgt...x de kelapangan...


ni gambar masa hari asyura ari tu...dah lama dah ...skarang baru ade masa nk upload...

pd malam sblm program nie...sume bdk laki 5sc1 tido kat sek...nk prepare pg2... n bdk pmpuan lak sediakan bhn2 dr rumah...ari tu merupakan hari menangis sesekolah...hehehe...ape leh wat...hidup kami diselubungi asap...setiap masa nangis...dh x leh nk prevent lg...tp lastly...masa gak bubur as-syura kami tu...tp ramai lak parents komen yg kami punya bubur agak masin...lori garam tumpah la mak,umi,ma,ayh,abah...hehehe...maklumlah bg benda ni kat 'pakar2' la katakan...


TITIK RENUNGAN

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupunhanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan.telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalahiman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalamkenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran,hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
6) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
7) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
9) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
10) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

SEJARAH APRIL FOOL

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya(1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

TEMPAHKAN SEBUAH BILIK UNTUKKU DI NERAKA...

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju kedestinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walau pun tinggal di bumi yangterkenal dengan tradisi keislaman,pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata..Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikanbagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat."Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang anehmenimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. .