gali2 lubang... gali2 lubang

Rabu, April 07, 2010

AURAT WANITA DARI AL-QURAN DAN HADITH

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PELAJAR2 CEMERLANG SPM 2009






~goh tuan sheng-11A~


~mohd nor izwan-10A~


~nur farahan-9A~


~noor amira-7A~

Selasa, Mac 23, 2010

we create da history!!!



terialisasi ugk impian kto ek....peace da world

Ahad, Mac 21, 2010

TAZKIRAH SIKITTT.....

kenapa ujian seberat ini??
ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN DGN KESANGGUPANNYA (AL-BAQARAH:286)

rasa frust??
JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH & JGN PULA KAMU BERSEDIH HATI,PADAHAL KAMULAH ORG2 YG PALING TINGGI DARJATNYA,JIKA KAMU ORANG2 BERIMAN (AL-IMRAN:139)

bagaimana harus aku menghadapinya??
DAN MINTALAH PERTOLNGAN DENGAN JALAN SABAR & MENGERJAKAN SOLAT & SESUNGGUHNYA SOLAT ITU AMATLAH BERAT KECUALI ORG2 YG KHUSYU'(AL-BAQARAH:45)

apa yg aku dpt drpd sume nie??
SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DRPD ORG2 MUKMIN,DR HARTA MEREKA DGN MEMBERIKAN SYURGA UNTUK MEREKA (AT-TAUBAH:111)

aku dh x dpt bertahan!!!!
DAN JGNLAH KAMU BERPUTUS ASA DR RAHMAT ALLAH.SESUNGGUHNYA TIADA BERPUTUS ASA DR RAHMAT ALLAH MELAINKAN KAUM YG KAFIR (YUSUF:87)

kenapa perlu sume nie??
BLH JD KAMU X MENYENANGI SESUATU.PADAHAL ITU BAIK BAGIMU.DAN BLH JD KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL ITU TIDAK BAIK BG KAMU.ALLAH MAHA MENGETAHUI,SEDANGKAN KAM TIDAK MENGETAHUI(AL-BAQARAH:216)

ikhlaskan hati menerima setiap tarbiyah dariNYa.sekali kita melangkah,jgn sekali berundur & berputus asa.tiada senang dlm berjuang,kdg2 diiringi tangisan.namun itu bukan lambang kelemahan ttp sbg pesona hati yg disentuh belaian kasihnya Tuhan...
"SAYANG ALLAH JANJINYA PASTI"

seloka "INSAF DIRI"

Zina semakin menjadi-jadi,
Anggap mak we tp wat mcm bini,
Remaja kita ramai dh MATI
Mana lagi harga diri???

Pegang2 dan raba2,
Cium mulut tak payah dikira,
Jantan janji kata nak jaga,
Bila dah x suci,hilang entah ke mana.

Si gadis leka mudah terima,
Konon nk dijaga sampai ke tua,
Baru kenal seminggu dh boleg raba2,
Kalau sebulan semua dh dirasa.

Tp teman jangan dilupa,
Bosnia diserang,dipenggal kepala,
Bukan Allah wat suka2,
Tp remajanya teruk tak terkira.

"INSAFLAH WAHAI REMAJA"

Sabtu, Januari 30, 2010

TRA TEKO PIYO????



sapo bijok tra teko bdk 2?????

SEMAK BLAKO!!!!!



semak blako deh sek2 laki kto...hbs spm pkat wk hal masing2..adow wk kjo umh btu,jual d koperasi,kno plkn,nego kt restauran,jual nisi aye, jd cashier kt the store n ln2 lg...