gali2 lubang... gali2 lubang

Khamis, Februari 19, 2009

SENARAI GURU 5SC1 '09

ENCIK AHMED B. DAUD (BAHASA MELAYU)
ENCIK ZULKIFLI B. ISMAIL (SEJARAH)
ENCIK AMINNUDIN B. AHMAD (PJ,PJK)
ENCIK ABD HAMID B. MUHAMAD (MATEMATIK TAMBAHAN)
ENCIK MOHAMAD BIN JUSOH (REKA CIPTA)
ENCIK AHMAD B. MOHD YUNUS (BIOLOGI)

PUAN NORZAN BT. MOHAMED YAACOB (GURU TINGKATAN,FIZIK)
PUAN ROSANILA BT. MUHAMAD (BAHASA INGGERIS)
PUAN NIK ASMA' BT. NIK ABD RAHMAN (PENDIDIKAN AGAMA ISLAM)
PUAN ROSLINA BT. DAUD (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
PUAN NORLIZA BT. OTHMAN (KIMIA)
PUAN ESHAH BT. YUSOFF (PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN)

SENARAI PELAJAR 5SC1 '09

@_@ HERO @_@
AHMAD BASYIR B. ABDUL RAHMAN
AHMAD NAJMI B. MAT NAWI
GOH TUAN SHENG
MOHAMAD AFFIQ AFANDI B. ISMAIL
MOHD. AFIQ B. IZANIM
MUHAMAD BAIHAQI B. IBRAHIM
MUHAMAD KHAIRUL IZZAHAN B. SENEK
MUHAMAD NOOR IZWAN B. ISHAK
MUHAMAD RASSULL B. ABDULLAH
MUHAMAD SALIHI B. MAT ARIPIN
MUHAMMAD ARIFF B. AB. RAHMAN
MUHD. SYAMIR AZZRI B. MAT YUSOFF
@_@ HEROIN @_@
AIN ZULAIKHA BT. SAUFI
FAKHRIYYAH BT. HAMAD@AHMAD LUTFI
FATHEENURSYAHIDA BT. BAKHRI
HASYIMAH BT. CHE AMAT
NOOR AFIFAH BT. AZHAR
NOOR AMIRA BT. AHMED
NOR FARAHAN BT. CHE HASSAN
NOR HIDAYU BT. MUTAFA
NOREZRA BT. MAT NOR
NUR AYUNI BT. JUHARI
NUR AZNI BT. MAT NAWI
NUR BAHIYAH BT. MOHD. YUSOFF
NURUL ATIKAH BT. CHE IBRAHIM
NURUL NASUHA BT. MOHAMED
NURUL SHUHAILA BT. ABDUL AZIB
SITI HAFIZAH BT. AHMAD LUTFI
SITI NUR NAJEHA BT. JUNAIDI
SITI SYAFIAH BT. BAKRI
SOO ENNA A/P SOO BING KUN
WAN NUR ALYAA BT. WAN AZIZ

Rabu, Februari 11, 2009

We Will Not Go Down

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight!

BOIKOT BERSTRATEGI...




BOIKOT...


Isnin, Disember 29, 2008

AMALAN HARIAN

1)Jangan tinggal solat tahajjud.. berusahalah InsyaAllah,banyak kelebihan yang akan kita dapat
2)Setiap pagi, selepas solat subuh, bacalah surah yasin...insyaAllah, Allah akan permudahkan
sepanjang hari itu...
3)Dalam solat tahajjud, bacalah panjang2 ayat Al-quran, untuk menguatkan lagi ingatan...
4)Selalu sujud syukur...
5)Banyakkan beristighfar...

Cubalah dalam kehidupan kita...disamping yg fardhu jangan ditinggalkan....BERISTIQAMAHlah dalam melakukan kebaikan...

@_@ Penyakit Lupa @_@

Antara penyebabnya adalah:
- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang)
.- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya
- Pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.


Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
-Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsang otak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

SELAIN ITU,


Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan TambahanSesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.